Terkini, Pihak Meteorologi di Australia telah mengeluarkan ramalan bahawa hujan serta ribut akan melanda kawasan hutan yang terbakar di Australia. Khabar gembira ini diramalkan akan membuatkan kawasan yang dilanda kebakaran akan menjadi lebih lembap.

Hujan lebat seperti yang diramalkan sudah tentu memberikan kelegaan kepada seluruh komuniti.Terutama sekali, kepada anggota bomba yang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran. Menurut Biro Meteorologi, peralihan cuaca seperti yang diramalkan akan membawa kepada keadaan yang lebih lembap sekaligus dapat membantu anggota bomba mengawal kebakaran.

If this @BOM_NSW rainfall forecast comes to fruition then this will be all of our Christmas, birthday, engagement, anniversary, wedding and graduation presents rolled into one. Fingers crossed. #NSWRFS #nswfires pic.twitter.com/R9VfD0bqu2

— NSW RFS (@NSWRFS) January 12, 2020

Namun, ramalan hujan lebat yang akan melanda kawasan hutan berkenaan sebenarnya berisiko akan merosakkan landskap hutan. Hal ini demikian kerana risiko tanah runtuh serta banjir yang akan berlaku disebabkan hujan lebat yang melanda.

Bencana ini berisiko akan terjadi kerana keadaan hutan yang tidak mempunyai pokok-pokok segar untuk memegang struktur tanah. Selain itu, air hujan yang mengalir dalam jumlah yang banyak boleh sebabkan geluncuran tanah sehingga boleh menyebabkan berlaku tanah runtuh.

Menurut Sarah Scully, seorang pakar meteorologi, hujan lebat serta ribut petir akan memberikan peluang untuk berlakunya banjir kilat, terutama sekali di kawasan yang terbakar.

“Hujan lebat dan ribut petir bakal membawa risiko untuk banjir kilat, terutamanya di kawasan terbaakr sperti New South Wales dan Victoria yang kini terdedah dengan tanah runtuh dan pokok-pokok yang tumbang.

Di samping itu, pihak bomba NSW turut melahirkan rasa bimbang sekiranya hujan lebat yang diramalkan bakal melanda selepas kebakaran boleh menyebabkan air menjadi tercemar.

Sumber: CNA