Baru-baru ini,seorang pengguna Twitter,Ikhwan telah berkongsi pengalaman beliau mengunjungi Pulau Kucing yang terletak berhampiran Pusat Tenun Pekan,Pahang.Perkongsian beliau telah mendapat 25 ribu retweet dan 24 ribu likes daripada warga net.Tanpa membuang masa,mari kita sama-sama melihat sedikit perkongsian beliau:
“Pada mulanya,tempat ini adalah pusat perlindungan kucing terbiar yang diasaskan oleh seorang lelaki penduduk asal Pekan.Beliau telah meninggal dunia dan tempat ini sekarang diselia oleh beberapa orang sukarelawan dari Perancis. Bayaran masuk adalah RM 3 untuk dewasa.Suka untuk saya mengajak mereka yang berada sekitar Kuantan dan Pekan untuk datang ke sini dan memberi sumbangan terutamanya daripada segi makanan dan perubatan. Ada beberapa ekor kucing yang saya perasan ada masalah fungus. Sumbangan berbentuk wang ringgit juga sangat dialukan.”
“Selain kucing, turut ditempatkan di sini adalah kambing, itik dan monyet. Secara asas, ini adalah sebuah pulau untuk haiwan berlindung. Amaran keras: dilarang untuk membuang kucing di pulau ini. Ada beberapa kes sebelum ni orang tak bertanggungjawab melepaskan kucing yang sakit.”


Jika anda ingin datang melawat, dinasihatkan untuk bawa barang sumbangan berbentuk makanan kucing atau peralatan perubatan. Boleh Waze “Meow Island” atau cari Pusat Tenun Pekan.Semua kucing kat sini sangat jinak dan akan berkerumun dekat anda. Setiap daripada mereka ada namanya sendiri.


“Jalan masuk ke Pulau Kucing. Belakang tu adalah Sungai Pahang.”


Selain itu,beliau juga memberitahu yang pulau kucing tersebut hanya dibuka pada hari khamis sehingga hari sleasa sahaja.

“PERHATIAN: PULAU KUCING HANYA DIBUKA DARI HARI KHAMIS HINGGA SELASA, JAM 1 TENGAH HARI HINGGA JAM 6.30 PETANG.”

Kalau ada yang nak pergi buat kerja sukarela pun boleh. Saya tengok ramai yang komen kata rumput tu panjang, apa kata pergi hujung minggu tolong tebas. Sebab sukarelawan pun dah sibuk jaga kucing- bagi makan, ubat etc. Bayaran masuk bagi dewasa adalah RM 3 dan kanak-kanak RM 1. Tapi, digalakkan untuk bayar lebih. Meow Island ini juga menerima kunjungan pelajar-pelajar dan mereka yang ingin buat kerja amal.


Jika anda ingin membaca atau mengetahui lebih lanjut mengenai Pulau Kucing ini,bolehlah pergi ke laman Twitter beliau.
Sumber;Ikhwan