Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) dilaporkan bakal dimansuhkan pada bulan Januari 2020.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),pemberian BIPK adalah berdasarkan kriteria khusus. Antaranya ialah ciri-ciri penawaran yang rendah serta sukar melakukan pengisian jawatan.

“Atas sebab itu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 1 Tahun 2019 yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri memutuskan supaya BIPK perlu dikekalkan kepada penerima sedia ada mengikut kadar sedia, walau bagaimanapun bersetuju tiada pemberian BIPK kepada pegawai lantikan baharu.

“Sehubungan itu, mulai 1 Januari 2020, pegawai lantikan baharu ke skim-skim perkhidmatan terlibat tidak lagi diperuntukkan dengan BIPK,” nyata JPA dalam pekeliling perkhidmatan.

Perkara ini telah mendatangkan keresahan seta tidak puas hati dalam sektor yang terlibat.

Banyaknya potong gaji


Potong elaun sebab dah cukup doktor?Saya oncall 3 orang cover 200 pesakit

Kalup penjawat awam berkorban,menteri patut berkorban sama

Oncall tidak terbayar,elaun kritikal dah tak dapat

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menolak keputusan berkenaan.

“Saya tidak bersetuju dengan pemotongan elaun kritikal bagi doktor dan jururawat muda kita.

“Kita sepatutnya mengkaji semula segala elaun diberikan kepada ahli politik dan juga menteri seperti saya,” katanya.

Syed Saddiq mengatakan yang tindakan itu adalah penganiayaan kepada doktor muda dan jururawat dalam sektor kritikal.Sleain itu,Syed Saddiq juga mendakwa pekerja sektor berkenaan terlebih kerja dengan gaji yang kurang dari yang sepatutnya.

“Sebab itu saya tidak bersetuju dengan pekeliling baru yang dikeluarkan oleh JPA yang membawa kesan kepada banyak anak muda dalam sektor kerajaan.”

Di samping itu,beliau turut menyarankan agar mengurangkan gaji menteri-menteri sebanyak 10 peratus bermula dengan dirinya sendiri sehinggalah masalah tersebut selesai.

Potong allowances Ahli Politik & menteri,
Bukan allowance kritikal bagi doktor, pharmacist, nurses muda.

Saya bantah pekeliling baru JPA yang melibatkan banyak anak muda dalam sektor kerajaan.

Saya pendekkan cuti saya, pulangkan allowance percutian & teruskan potongan gaji 10% pic.twitter.com/XSwIyvFceK

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 24, 2019

Sumber:Twitter,JPA