Pihak polis Australia mendakwa yang kira-kira 24 orang yang telah dikenal pasti sengaja memulakan kebakaran itu di New South Wales. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis New South Wales, seramai 183 orang telah dikenakan tindakan undang-undang atas dakwaan kerana menyebabkan kebakaran sejak 8 November lalu lagi.

Daripada 183 orang, sebanyak 53 orang telah diberikan amaran dan pertuduhan jenayah kerana mereka tidak mematuhi peraturan kebakaran. Sementara itu, 47 yang lain pula didakwa atas kesalahan membuang sisa rokok.

Pada hari Ahad lalu, seorang lelaki telah didakwa kerana menggunakan alat kuasa yang boleh sebabkan kebakaran di Gunung Druit.

Sumber:CNN