PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mencadangkan supaya prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata langkah itu bertujuan mengekang penularan COVID-19 dalam komuniti.null

Justeru, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai cadangan itu.

“Mesej KKM ialah duduk di rumah dan kalau terpaksa keluar, perlu mematuhi SOP.

“Sehubungan itu, KKM ingin mencadangkan supaya memperketat lagi PKPB dan membenarkan sektor ekonomi saja,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.