Hari ini sahaja kita telah dikejutkan dengan pelbagai berita mengenai situasi tegang antra AS dengan Iran seperti Iran telah menyerang pangkalan tentera AS serta jet pejuang dari kedua-dua negara itu dilaporkan telah berlepas.Konflik antara Iran dengan AS ini dapat dilihat telah menjadi satu kerisauan antara masyarakat setempat dan masyarakat di seluruh dunia juga.Hal ini kerana hubungan diplomatik yang dijalinkan oleh negara-negara lain turut wujud dengan kedua-dua negara tersebut.

Apa yang membimbangkan ialah Malaysia yang mempunyai status sebagai negara kecil turut akan terkena tempias daripada konflik antara kedua-dua negara itu.

“Sekutu iran seperti Rusia dan China pasti akan mengambil tindakan juga seperti menekan ekonomi AS melalui pelbagai sekatan perdagangan.Jika ekonomi global terkesan akibat peperangan ekonomi, Malaysia sebagai negara kecil akan menerima kesan buruk.”

Lain pula buah fikiran yang dikeluarkan oleh Profesor Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Kamarulnizam Abdullah, konflik yang sedang berlaku sekarang ini sebenarnya dapat memberikan kelebihan kepada Malaysia sebagai negara pengeluar konflik.

Kenyataan beliau itu adalah susulan daripada jangkaan harga minyak dunia yang akan naik sekiranya berlaku peperangan.Sungguhpun begitu, beliau juga terpaksa bersetuju yang Malaysia turut akan menerima kesan buruk dari segi perdagangan kerana kenaikan nilai dolar AS.

“Kenaikan harga minyak dari satu segi akan memberi kesan positif kepada Malaysia kerana kita akan dapat limpahan dari harga minyak.Pada masa sama, kenaikan harga minyak juga akan menyebabkan kos lain meningkat di seluruh dunia.Itu juga memberi kesan kepada kita”

Akhir sekali, amatlah berharap agar konflik ini tidak akan berpanjangan dan tidak memberi kesan kepada negara-negara lain terutamanya Malaysia

Sumber:Sinar Harian