Baghdad- Komander Korps Pengawal Revolusi Islam/Iran telah disahkan meninggal dunia dalam satu serangan udara yang berlaku di Lapangan Terbang Baghdad.

Mejar Jeneral Qassim Suleimani telah menemui ajalnya apabila kenderaan yang dia naiki bersama beberapa pegawainya telah diserang ketika mereka sedang berangkat pulang dari lapangan terbang tersebut.

Kenderaan yang mereka naiki dalam konvoi dua buah kereta yang diiringi oleh anggota-anggota tentera telah diserang oleh sebuah dron yang dipercayai milik Amerika Syarikat.Dron tersebut telah mengorbankan lima orang nyawa termasuk Qassim Suleimani.

Jabatan Pertahanan AS, Pentagon dalam satu kenyataan telah berkata yang serangan itu diarahkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.Dia mendakwa yang Jeneral Suleimani itu sangat aktif dalam menyusun atur pelan untuk menyerang diplomat Amerika serta anggota perkhidmatan mereka di Iraq.

“Serangan ini bertujuan untuk mengekang serangan Iran yang akan datang,” menurut kenyataan tersebut.

“Amerika Syarikat (AS) akan terus mengambil langkah diperlukan untuk melindungi rakyat dan kepentingan kita di mana sahaja mereka berada di seluruh dunia.”

Serangan ini merupakan serangan tekanan yang maksimum yang telah diambil oleh Presiden Amerika, Donald Trump terhadap negara tersebut selepas mengenakan sekatan ekonomi ke atas Iran.

Pegawai AS turut menganggap Jeneral Suleimani yang bertanggungjawab ke atas kematian ribuan tentera Amerika yang terkorban ketika Perang Iraq.

Selain Suleimani, serangan tersebut turut mengorbankan ketua kumpulan penaung ketenteraan Iraq pro-Iran, Abu Mahdi al-Muhandis.

Sumber: NY Times, CNA