Setiap pengantin pasti menginginkan majlis perkahwinan mereka berjalan lancar serta sempurna. Ada pengantin yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk majlis perkahwinan.

Walau bagaimana pun, lain pula cerita apabila beberapa keping gambar di Twitter jurufoto perkahwinan, Bingkai Photoviual telah tular. Mereka telah memuat naik beberapa keping gambar daripada beberapa client yang hanya mengadakan majlis perkahwinan secara simple tapi lawa.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah pengantin hadir dengan menaiki kereta Kelisa berwarna biru di perkarangan masjjid Bukit Antarabangsa.

Majlis ini penuh dengan rendah hati dan sangat manis dengan kehadiran orang terdekat dan sanak saudara sahaja.

“Simple is elegant. Love is easy”



Dalam majlis tersebut, ia hanya dihadiri oleh 11 orang sanak saudara terdekat, Tetapi cinta ini sangat luar biasa, rasa seperti masjid sangat penuh.

Cinta ini sangat luar biasa…




Sumber: Bingkai Photovisuals