Bagi mereka yang akan menunaikan haji ataupun umrah, banyak persiapan harus dilakukan demi memastikan ibadah berkenaan berjalan dengan lancar.Selain itu, persediaan mental serta fizikal juga perlu dilakukan.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Safuan Rahim, beliau telah berkongsi pengalamannya menaiki keretapi laju dari Madinah menuju ke Mekah dengan masa yang diperuntukkan hanyalah tiga jam sahaja.

Perkongsian beliau ini sangat membantu kepada mereka yang mempunyai hasrat untuk memudahkan jarak perjalanan dalam menunaikan ibadah haji ataupun umrah di sana.

Kami memilih Keretapi Laju perjalanan dari Madinah ke Mekah dengan hanya 3 jam sahaja.Harga untuk dewasa RM150 manakala percuma untuk kanak-kanak berumur 2 tahun kebawah.Tiket boleh dibeli melalui www.hhr.sa.


Perjalanan 15 minit dari Masjid Nabawi ke Stesen Keretapi dengan menaiki Uber RM30 manakala 10 minit dari stesen Mekah ke Masjidil Haram 10 minit juga dengan menaiki Uber RM20.


Setelah tiba di Stesen Keretapi prosesnya hanya imbas tiket,pemeriksaan diri dan Bagasi.Dinasihatkan terus niat umrah apabila di dalam keretapi nanti kerana khuatir kita leka mengambil gamba pemandangan atau sebagainya.Pengumuman untuk Miqat akan dibuat setelah 10 minit keretapi mula bergerak.

 


Antara kemudahan yang disediakan tandas setiap gerabak , tempat cas telefon dan cafe.Sangat selesa, mudah dan cepat untuk sampai ke destinasi.Semoga bermanfaat untuk semua jemaah.Fii amanillah..Allah Ma’akum

Sumber: Safuan Rahim