Baru-baru ini, peminat kepada kartun animasi The Simpsons telah mendakwa yang animasi berkenaan telah meramalkan yang wabak koronavirus akan melanda dunia sejak 27 tahun yang lalu.

Menerusi satu episod yang ditayangkan pada tahun 1993, terdapat satu virus yang dikenali dengan nama Osaka Flu telah merebak melalui Springfield selepas penduduk-penduduk membeli juicers daripada negara Jepun.

Selepas itu, peminat kartun berkenaan telah mengeluarkan pelbagai dakwaan yang episod berkenaan serta wabak koronavirus sekarang ini mempunyai persamaan.

Selain itu, dalam episod berkenaan menunjukkan yang juicers telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak oleh salah seorang pekerja. Dia kemudiannya turut berkata supaya jangan memberitahu penyelianya yang dia mempunyai selesema. Pekerja berkenaan kemudiannya telah batuk ke dalam kotak itu, sekaligus telah menghantar virus ke Amerika Syarikat sehingga menyebabkan kebanyakan penduduk AS jatuh sakit.

Di samping itu, ada juga yang yakin bahawa mereka mengambil masa untuk mengedit ‘Osaka Flu’ kepada ‘Coronavirus’ di dalam laporan berita yang dikeluarkan oleh Kent Brockman.

LIKE Facebook Page: Buletin Malaysia

Sumber: Daily Mail