Berkenaan dengan isu pemandu kereta Myvi berwarna biru yang sedang tular di media sosial sejak semalam telah ditahan oleh pihak polis dan disahkan positif dadah.

Tangkapan semula telah dilakukan oleh anggota peronda polis selepas ditahan oleh orang awam semalam di jalan Brunei  pada jam 5.20 petang Jumaat kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah.

Suspek telah dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya.

Menurut beliau,setelah ujian air kencing dilakukan keatas suspek,suspek didapati positif dadah jenis Methamphatamine dan Amphetamine .

Namun begitu, mangsa samun,iaitu seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) masih belum tampil memberikan sebarang keterangan dan laporan polis berhubung dengan kejadian berkenaan.

Insiden yang berlaku di Jalan Pudu ini juga turut memaparkan pemandu tersebut melanggar kenderaan lain sambil dikejar oleh sekumpulan penunggang motosikal.

Menurut seorang saksi yang juga dikatakan yang merakam video berkenaan mendakwa suspek telah menolak seorang lelaki OKU melalui pintu di sebelah kirinya setelah disamun di Jalan Changkat, Bukit Bintang.


Saksi kemudiannya mengejar suspek dan suspek berjaya ditahan oleh orang awam.