Setiap kali tibanya musim graduasi,kita dapat melihat serta mendengar banyak kisah-kisah yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi serta motivasi buat diri kita.

Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia telah berjaya memberikan inspirasi kepada orang ramai malahan,telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia kerana berpeluang untuk memberikan ucapan sempena hari graduasinya di Universiti Wisconsin Madison.

Melalui Youtube Camus Alpha,Lisa Kamal telah diberi penghormatan oleh pihak universiti beliau untuk memberi ucapan di hadapan lebih 6,000 orang untuk mewakili graduan-graduan yang lain.

Lisa Kamal melalui ucapannya,telah menceritakan bagaimana beliau memasuki universiti yang terletak sejauh 9000 batu itu di hadapan rakan-rakannya.

Beliau memulakan ucapannya dengan Broadway salah satu daripada muzikal popular,Hamilton,lagu tersebut telah menjadi mekanisme untuk beliau mengatasi hari-hari yang sukar.

“Saya datang ke sini melalui biasiswa dan ia merupakan perjalanan yang sangat jauh dari Kuala Lumpur,” ujarnya.

Lisa dilahirkan di Amerika semasa ibu bapa beliau masih belajar namun beliau membesar di Malaysia sepanjang hidupnya. Beliau juga ingin mengikuti jejak langkah ibu bapanya yang berjaya memasuki kolej di Amerika.

Selepas tamat sekolah menengah, Lisa telah memohon biasiswa dari Petronas dan telah berjaya mendapatkan biasiswa tersebut.

Merupakan salah satu diantara bidang yang ditaja oleh Petronas, Lisa telah memilih bidang geologi sebagai bidang utama beliau di universiti tersebut dan beliau juga bekerja untuk Wisconsin Geological and Natural History Survey.

Sebelum ini,Lisa pernah memenangi Anugerah Biasiswa Junior Lowell R. Laudon Cemerlang dari Jabatan Geosains dan anugerah “On To the Future” daripada Persatuan Geologi Amerika.
Menurut portal berita University of Wisconsin Madison, Laurel Goodwin,seorang profesor di Jabatan Geosains, Laurel telah menceritakan bagaimana Lisa memilih untuk mengambil kursus peringkat siswazah yang sangat mencabar dalam analisis mikropro elektron.
Lisa berjaya membentuk asas untuk projek penyelidikan dengan John Fournelle hasil daripada pemerhatian bijak beliau.John Fournelle merupakan seorang saintis senior  di UW-Madison dan ketua microanalisis dunia sehingga dianugerahkan Hilldale Undergraduate Research Fellowship yang merupakan geran penyelidikan universiti bagi meneruskan projek tersebut.
“Tahun kedua saya di kolej, saya menghadapi beberapa kesukaran sehingga hilang motivasi untuk menghabiskan ijazah ini.

“Saya masih ingat ketika berusia enam tahun, saya menangis ketika beraksi diatas pentas kecil, namun kini pada usia 22 tahun, saya diberi peluang untuk berucap di hadapan khalayak ramai. Ia sangat menakjubkan.”

“Saya tidak dapat menghabiskan pelajaran ijazah ini tanpa rakan-rakan yang ada di sini,” katanya.

Selain itu,portal tersebut juga menyatakan yang Lisa akan kembali ke Malaysia dan akan memulakan komitmen kerja lima tahun bersama Petronas.
Pencapaian yang amat membanggakan itu membuatkan kebanyakan netizen kagum dan masing-masing mendoakan agar Lisa terus berjaya pada masa akan datang.