Sebelum ini,pemain bintang Arsenal,Mesut Ozil telah memberitahu yang dia mahu menaja pembedahan yang melibatkan lebih daripada 1,000 orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik .Hasratnya itu akan tertunai sepenuhnya selepas 219 orang kanak-kanak dilaporkan telah berjaya menjalani pembedahan tersebut menerusi dana yang diberikan olehnya.

Mesut Ozil itu telah menyatakan hasratnya itu ketika di majlis perkahwinannya yang berlangsung pada bulan Jun lalu.

Pemain bola sepak itu telah mendirikan rumah tangganya bersama dengan bekas Ratu Cantik Turki, Amine Gulse pada bulan Jun lalu.

Pengumuman tersebut dibuat olehnya menerusi akaun Twitter rasminya pada hari krismas,ia ditujukan kepada peminat yang ingin tahu tentang perkembangan pertubuhan amalnya yang bernama BigShoe.

“219 pembedahan telah selamat dilakukan, namun masih ramai lagi yang bakal mendapat bantuan!

“Seperti yang telah diumumkan oleh saya dan isteri saya pada Jun lalu, kami akan menanggung sebanyak 1,000 kos pembedahan yang bakal diterima oleh kanak-kanak yang kurang bernasib baik di serata dunia.

“Jutaan terima kasih buat BigShoe atas kerjasama yang dilakukan semenjak 2 tahun lepas.

“Terima kasih kepada semua tetamu majlis perkahwinan kami, peminat dan pengikut yang turut menyumbang dalam projek ini,” katanya.

219 operations are already done, but there’s still many more to come going forward! As my wife Amine and I announced before our wedding in June 2019, we’re covering the costs of another 1,000 life-changing surgeries for children in need around the world. 1/3 pic.twitter.com/HSY8rdiogp

— Mesut Özil (@MesutOzil1088) December 24, 2019

Sumber:The Sun