Sebut tentang negara China,pasti ramai diantara kita yang tahu bahawa negara ini bukanlah satu negara yang mesra pelancong.Mungkin disebabkan kepadatan penduduk di negara ini yang menyebabkan mereka tidak memerlukan kunjungan pelancong dari negara luar.Kali ini,seorang wartawan Vice News telah mendedahkan sisi gelap disebalik ibukota Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur yang pasti akan membuatkan kita semua terkejut.

Untuk pengetahuan anda,di daerah ini terdapat dua puak iaitu Han dan Uighur(orang Islam). Perkara yang menyedihkan ialah apabila kerajaan China mahu melenyapkan penduduk Islam di daerah tersebut.Buakn tu je,malah mereka turut mengintip setiap aspek kehidupan penduduk di situ dengan memasang beratus-ratus kamera litar tertutup CCTV. Ikuti perkongsian berani daripada wartawan ini.

Negara China lenyapkan Muslim?

Krew kami mengalami pengawasan dan gangguan Orwellian China secara langsung semasa mereka di Xinjiang, dan berjaya merakam menggunakan kamera tersembunyi.

Lapan lelaki Uighur ditahan oleh polis pada pertengahan malam. Kami bercakap dengan ahli komuniti Uighur mengenai pengalaman mereka di kem-kem tersebut, dan mengenai usaha China untuk membungkam sejarah dan gaya hidup mereka di bawah penutup kegelapan.


 Dalam temubual bersama penduduk tempatan,semua penduduk masing takut untuk menceritakan apa-apa kepada wartawan tersebut.Pada minit ke 6 dalam video tersebut,seorang individu yang dipercayai daripada puak Han Cina menyatakan dengan jelas yang dia tidak bercampur dengan puak Uighur (penduduk Islam) atas faktor keselamatan.Malah mereka telah mengakui yang puak ini telah dikumpulkan dan diletakkan dalam kem kerana tidak mahu mempunyai hak yang sama rata dengan kaum Han.



Detik mencemaskan adalah apabila wartawan tersebut telah ditahan oleh pihak polis selepas menemu bual penduduk tempatan di sana dan akhirnya wartawan tersebut telah mengambil keputusan untuk pulang atas faktor keselamatan.

Tangkap orang setiap malam

Wartawan itu kemudiannya telah terbang ke Istanbul dan menemui beberapa penduduk yang berasal dari Xinjiang Uyghur yang merupakan bekas tahanan.Mereka telah berkongsi pengalaman perit serta pahit sepanjang ditahan di sana.

“Mereka tangkap orang setiap malam. Mereka mahu lenyapkan puak Uighur tanpa dapat dikesan. Kami disuruh menyanyi 3 lagu untuk mendapatkan makanan.”

Menurut salah seorang tahanan,disebabkan dia tidak menyanyi lagu tersebut dia telah diikat dan diseksa.Tambahnya lagi,mereka disuruh bercakap dalam bahasa mereka,dipaksa makan babi dan mengikut arahan mereka.Perkara yang lebih menyedihkan ialah apabila kerajaan China mahu menukar budaya dan agama mereka ke dalam bentuk format mereka.

Uighur Islam terpaksa dikumpulkan dan diletakkan di dalam kem.


Dalam tempoh dua tahun yang lalu, kira-kira 1 juta orang Uighur Islam telah diletakkan di dalam “re-education camps”. Agak sukar untuk kami membuat liputan laporan dari tanah air Uighur di rantau Xinjiang barat laut China.


Bayangkan semua wartawan diikuti di mana sahaja mereka pergi dan dihalang daripada melawat tempat-tempat tertentu atau bercakap dengan penduduk tempatan.

Teknologi paling maju untuk mengawal

“Kami terpaksa menjadi pelancong dan menyelit kamera tersembunyi. Apa yang kami saksikan adalah sebuah negara Orwellian State yang tidak sama dengan tempat lain dalam bumi ini.”

‘Kami terkedu bagaimana kerajaan China menggunakan teknologi pengawasan yang paling maju di dunia untuk mengintip setiap aspek kehidupan Uighur, dan bagaimana lelaki Uighur dibawa oleh polis pada pertengahan malam.’

Sumber : Vice News