Sedekah merupakan satu amalan mulia yang sangat dituntut oleh agama Islam. Sedekah tidak tertakluk kepada harta benda sahaja. Bahkan, jika kita memberi senyuman yang ikhlas kepada seseorang, itupun sudah dikira sebagai sedekah.

Walau bagaimanapun, ada juga insan yang ingin mengambil kesempatan ke atas keikhlasan kita itu.

Seorang pengguna Facebook, Man Isaac, beliau telah berkongsi pengalaman beliau berjumpa dengan seorang lelaki yang dipercayai cuba untuk menipu beliau dengan meminta duit.

Niat di hati nak menghalalkan cara. Namun bertukar curiga lalu terkeluar semua dusta!!

Pada pukul 11 pagi tadi, depan NSK Kuchai Lama. Aku perasan ada satu Pak Cik ni. Duduk di tepi jalan sambil urut dada. Beberapa pekerja NSK datang termasuk aku coba untuk bantu khuatir dia sakit terok dan kami bersiap sedia nak beri bantuan. Dia ada mengadu dia cakap dia sakit dan dah 13 hari tak makan. Kebetulan ada peniaga nasi lemak di tepi NSK bungkuskan makanan untuk beliau. Tapi beliau tak nak. Aduhai… Rezeki makanan tak nak pula.. Tak lama lepas tu dia cakap dia ok dah.. Dia cakap nak cari kerja, dapat 2 hari kerja dan ada sedikit duit untuk balik ke rumahnya di Pulau Tioman sudah memadai.

Aku offer dia cakap nak hantar ke TBS. Di sana aku akan belikan tiket bus ke Mersing nanti aku bagi lagi duit untuk beliau beli tiket Feri ke Pulau Tioman. Tapi beliau cakap tak nak. Beliau cakap kalau dapat tolong bagi dia RM80. Nanti dia ambil bus Rapid pergi ke KL Sentral dan balik Pulau Tioman dari KL Sentral. Dari situ aku makin curiga.

Aku follow dia dari belakang. Lepas tu dia ulang balik “drama” yang sama. Beberapa orang berbangsa cina cuba nak tolong dan hulur duit. Aku makin tak sedap hati. Aku tegur dia dengan agak tegas dan aku ambil gambar dia. Terus dia teriak2 dan sumpah seranah aku. Oh makin hebat game orang ni. Aku pun call Balai Polis Sri Petaling. Tak lama lepas tu unit peronda sampai. Nak jadikan cerita bila Anggota Polis periksa I.C dia… Alamat beliau di Sungai Buloh. Malah dia Spin cerita cakap aku pulak menipu fitnah cakap dia minta2 duit kat orang.

Moral di sini. Kita sebagai masyarakat. Ada ketika kita kasihan dan prihatin pada orang lain. Namun dalam usaha kita nak membantu, kita pula di sumpah seranah.. Kamu kalau mahu duit dengan mudah. Jangan guna kesempatan atas kesempitan orang lain. Semoga kalian di luar sana sama2 membantu dan sedar pada siapa kita menolong dan dengan siapa kita berbuat baik. Jika kita rasa curiga dan pelik. Terus laporkan pada Pihak Berwajib untuk tindakan.

Sumber: Man Isaac