Seorang wanita di Casablanca, Moroko (Maghribi) dikatakan telah hamil sehinggalah ‘melahirkan’ bayinya 46 tahun kemudian.Ia mungkin kedengaran pelik serta luar biasa tapi itulah kebenarannya.

Zahra Aboutalib, dilaporkan telah hamil sejak tahun 1955 lagi, namun dia tidak pernah memeriksa kandungannya dengan pasukan perubatan tempatan.

Pada awalnya, Zahra berasa sakit yang amat selama 48 jam, namun disebabkan dia trauma melihat pesakit lain meninggal dunia ketika melahirkan anak, Zahra telah melarikan diri.

Malahan, dia turut menahan sakitnya itu selama beberapa hari sehingga kesakitan itu hilang dengan sepenuhnya.

Apabila kesakitan itu hilang dengan, Zahra terus membiarkan kandungannya itu sehingga mencapai usia satu tahun.

Berdasarkan cerita rakyat Maghribi,terdapat mitos mengenai anak yang tertidur.Oleh itu, Zahra memilih untuk membiarkan kehamilan tersebut.

Menurut mitos berkenaan, janin akan menjadi tidak aktif dan tertidur jika belum dilahirkan melebihi hari kelahiran sepatutnya.

Mitos itu berasaskan kepercayaan sihir hitam dan putih yang boleh menjejaskan kandungan.

Setelah rasa sakiti tu hilang, Zahra meneruskan kehidupannya seperti biasa sehingga dia berusia 75 tahun. Dia tidak pernah melahirkan anak sepanjang tempoh itu.

Walau bagaimanapun, setelah 46 tahun, rasa sakit itu kembali semula dan memaksanya ke klinik tempatan bersama anak angkatnya.

Hasil pemeriksaan ultrasound, doktor mendapati terdapat sesuatu yang ganjil di dalam rahim Zahra.

Ketika itu, mereka mengesahkan Zahra dengan ketumbuhan ovari. Namun, hasil pembedahan membuatkan kumpulan doktor itu terkejut.

Mereka menemui seorang bayi yang telah menjadi batu. Zahra disahkan mengalami kehamilan di luar rahim.

Janin yang telah meninggal dunia itu dikatakan telah diliputi tisu mati yang mengering serta mengeras yang telah membuatkan bayi itu menjadi lithopedion atau ‘bayi batu’.

Ketika ‘dilahirkan’, bayi tersebut dilaporkan mempunyai berat kira-kira 3.18 kilogram dan berkepanjangan 42cm.

Sumber: Tribun News, Mummipedia