Di Takalar, Indonesia,seorang lelaki tua berusia 50 tahun telah bertindak gila apabila didakwa memperkosa anak kandungnya sendiri sehingga anak kandungnya hamil enam bulan.

Lelaki yang diberi gelaran T itu dituduh memperkosa anaknya yang berusia 16 tahun itu selama lebih kurang dua tahun.Menurut Tribun News,suspek pertama kali melakukan perbuatan tersebut selepas mengintai anak perempuannya sedang menyalin pakaian di dalam biliknya setelah pulang dari sekolah.

“Dia selalu menolak setiap kali saya mahu. Biasanya sekali seminggu saya berhubungan badan, kecuali kalau dia datang bulan.’kata pesalah

Ketika isterinya sedang bekerja di sawah,barulah lelaki tua itu akan melakukan perbuatan terkutuknya.Setelah anaknya hamil,suspek telah berusaha untuk menggugurkan kandungan anaknya itu dengan menggunakan beberapa jenis ubat untuk menutup perlakuan terkutuknya itu.

Walau bagaimanapun,kandungan itu tetap selamat,membuatkan suspek berasa resah lalu membawa anaknya ke luar daerah bagi menyembunyikan kehamilan remaja itu daripada isterinya.

Si isteri yang curiga dengan tindakan suami serta anaknya itu kemudiannya melaporkan kehilangan anaknya kepada pihak polis.

Setelah polis berjaya menemui lelaki serta remaja tersebut,polis telah menahan suspek,dan dia sedia mengaku untuk bertanggungjawab.

“Perbuatan itu memang tidak senonoh tapi nak buat bagaimana lagi, sudah terlanjur. Kalau disuruh bertanggungjawab, saya mahu menikahinya,” kata T.

Lagi laporan daripada Rakyatku News, suspek melepaskan nafsunya kepada anaknya kerana mendakwa sering bergaduh dengan isterinya.

Sumber:  
Tribun News, Rakyatku News