Ramai diantara kita yang mungkin telah sedia maklum bahawa Taman Tasik Titiwangsa secara rasmi telah dibuka semula pada 15 Disember lalu selepas hampir setahun dinaiktaraf.Namun,telah berlaku perkara yang kurang menyenangkan apabila taman reakreasi yang baru dinaiktaraf ini dicemari dan dirosakkan oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab.

Salah seorang pegawai projek,Noor Fazlina Rosley laman Facebooknya telah meluahkan rasa kecewa serta kurang senangnya terhadap sikap segelintir pengunjung yang melakukan aktiviti tidak senonoh dan kurang sopan di taman tersebut.

Terima kasih untuk sokongan


Post ini AMAT panjang kerana datang dari hati sanubari kami di pihak pelaksana projek.

Saya selaku Pegawai Projek yang mewakili pihak klien dan pasukan projek ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan serta sambutan yang sangat hangat ke atas hasil usaha kami selama setahun untuk mengindah dan menaiktaraf #TamanTasikTitiwangsa.

Gambar-gambar yang cantik serta muka-muka bahagia yang kami dapat tatap di posting-posting kalian di dalam media sosial, sesungguhnya membuatkan kami rasa hilang penat walau sekejap, dan memberikan kami kekuatan untuk berkhidmat dengan lebih baik lagi.


Tetapi ada yang kurang moral


Namun yang demikian, di dalam lautan manusia yang hadir menikmati fasiliti terbaru dari kami di pihak kerajaan, masih terdapat kamu-kamu yang sangat tidak bertanggungjawab dan tidak berakal.


Sesungguhnya kami rasa sungguh sugul dan kecewa kerana tak pasti apa jenis manusia antara kamu-kamu ini yang mungkin dididik oleh ibu bapa atau penjaga yang pengotor, yang jenis hati buruk dan busuk hingga tiada sifat prihatin dan kasihan terhadap pengunjung-pengunjung yang lain serta kru-kru pembersihan, yang memang dibesarkan dalam keluarga atau keadaan yang kurang ajar dan tiada rasa sifat hormat dengan harta-harta awam serta fasiliti-fasiliti yang disediakan oleh kerajaan secara teliti buat kalian, yang mempunyai akal tapi akal yang tidak terletak di kepala di leher anda dan yang memang ‘mencari pasal’ supaya kami tutup taman ini dan mula mengenakan bayaran masuk kepada pengunjung?

Perilaku tak senonoh


Gambar-gambar ini menunjukkan najis manusia di merata tempat di dalam taman, pampers anak bertaburan di celah-celah ‘shrubs’ di dalam taman, pembuagan sampah merata-rata serta tidak menghormati kru pembersihan dan keselamatan taman (tuan-tuan, puan-puan, anak-anak sekalian, kru ini bekerja sewaktu anda sedang SERONOK BERLIBUR, dan ada antara mereka yang berpendidikan lebih tinggi dari kamu dan mungkin ada anak-anak mereka yang bakal menjadi doktor-doktor atau cikgu-cikgu kamu).

Selain itu, sampah-sampah basah atau makanan yang dicampur aduk dengan sampah pokok, tumbuhan dan tanaman juga berlaku. Pokok-pokok yang rosak sebab dipijak oleh kamu, bollard-bollard berlampu yang patah kerana kamu duduk di atasnya, lampu-lampu di pokok yang dicuri atau rosak kerana disepak, dan juga tombol-tombol paip yang patah kerana kerakusan kamu.

Sesungguhnya kalian yang menyumbang kepada kesingkatan akal ini semua TIDAK LAYAK untuk diberikan perkara-perkara yang cantik, molek dan baik oleh kami, dan sebaik-baiknya kamu semua berterusan duduk dan menggunakan fasiliti-fasiliti yang hodoh dan buruk.


Tak layak hidup di dunia


You just don’t deserve to breathe in this God-given air. Kamu patut dibuang ke dunia lain, kerana kalian tidak mencerminkan sifat warga manusia yang berakal.

Maaf, kami rasa tiada sebab kami patut berbahasa lembut kerana kalian semua adalah DEWASA YANG BERAKAL. You represent sick, disgusting and filthy adults. Moga kalian yang melakukan kebiadaban ini diberi kifarah yang setimpal sebagai tauladan.

In the mean time, pihak kami ingin memohon jasa baik segelintir besar kamu yang berhemah untuk turut menjalankan bahagian anda untuk sama-sama menegur demi keselesaan dan kebahagiaan bersama. Ambil gambar sekiranya perlu, pass kepada kami untuk kami kongsikan. Munkin ini sahaja cara untuk mendidik dengan menjadi mata dan telinga kami.

Bantu kami untuk bantu kalian dalam memberikan perkhidmatan serta fasiliti terbaik. Sesungguhnya kami bersungguh sungguh cuba menyiapkan projek ini sebaik-mungkin untuk menjadikan kalian manusia-manusia yang berhemah dan penuh kasih-sayang, bukan yang sebaliknya.


Sumber: Noor Fazlina Rosley