Hari ini merupakan hari terakhir dan merupakan penghujung tahun 2019, maka bermulah sesi orentasi bagi pelajar baru darjah satu di beberapa buah sekolah sekitar Malaysia. Bukan setakat pelbagai telatah kanak-kanak dapat dilihat, tetapi reaksi ibu bapa mereka yang pastinya sangat teruja melihat anak mereka yang kecil sudah melangkah ke alam persekolahan.

Oleh itu, sudah pasti setiap ibu bapa akan menemai anak-anak mereka untuk sesi suai kenal supaya anak-anak mereka dapat membiasakan diri di persekitaran sekolah baru.

Walau bagaimanapun, satu perkongsian oleh seorang guru, Nadwa Nasir, melalui akaun Facebooknya telah mengundang kesedihan orang ramai.Di sekolah tempat dia mengajar, ada seorang anak kecil telah hadir bersama ibu bapanya yang buta.

Tulis sendiri nombor telefon mak ayah walau terbalik

“Mak,sini la kantin… mak,ni padang sekolah”


Sumber : Nadwa Nasir