Salah seorang pemain bola sepak kelab Arsenal iaitu Mesut Ozil sebelum ini telah menyatakan kenyataannya terhadap isu etnik Uighur di Xinjiang, China.Kenyataan ini  dilakukan di laman Twitter rasmi miliknya.Mesuz Ozil telah mengkritik rata-rata negara Muslim yang hanya berpeluk tebuh sahaja tentang kekejaman China terhadap umat Islam di negara itu.

Selain itu, penyanyi popula iaitu Maher Zain turut menyuruh ramai lagi pihak supaya bersuara demi semua Muslim di Uighur.

Thank you brother for standing up to injustice!


Di samping itu,Maher Zain turut menyeru supaya ramai lagi selebriti supaya mula bersuara tentang penindasan yang dihadapi etnik Uighur di negara China itu seperti yang telah dilakukan oleh,Mesut Ozil. Dia juga turut berterima kasih kepada Mesut Ozil kerana berani untuk bersuara demi keadilan dan keamanan penduduk Islam di Uighur.

“It takes a lot of courage for a celebrity to speak up about the atrocities that our Uyghur brothers and sisters face in China, the way Mesut Özil did. Thank you brother for standing up to injustice!”

Where are the Muslim countries and their media?

Sebelum ini,Ozil juga pernah meluahkan pendapatnya tentang kekejaman yang berlaku melibatkan umat Islam di negara China itu di laman Twitter. Tindakan berani Ozil itu telah menyebabkan ramai rakyat China naik angin.

Al-Quran dibakar, masjid ditutup, sekolah muslim diharamkan. Ulama dibunuh satu per satu. Saudara se-Islam dihantar ke Kem. Muslim tidak bersuara, suara mereka tidak kedengaran. Dimanakah negara Muslim dan media semua?


Ya Allah, bantulah abang dan kakak kami yang berada di Timur Turkestan itu. Sesungguhnya, Engkaulah sebaik perancang.