Lebih daripada 10,000 ekor unta telah ditembak mati di Australia Selatan akibat haba serta kemarau yang melampau.

Penduduk-penduduk tempatan melaporkan yang sekumpulan unta dalam bilangan yang besar telah mengamuk di bandar-bandar, merosakkan  bangunan serta mendatangkan ancaman kepada penduduk.

Kemusnahan selama lima hari bermula pada hari Rabu di kawasan Anangu Pitjantjatjara Yankunytjatjara(APY) iaitu kawasan minor penduduk Australia Selatan.

“Memandangkan keadaan kering, kelompok unta ini mengancam semua komuniti dan infrastruktur APY” kata pengurus besar, Richard King.

Selain itu, ahli lembaga eksekutif APY, Marita Baker turut berkata “Kami terjebak dalam keadaan panas dan tidak selesa. Semua unta ini pula masuk dan menceroboh pagar, masuk ke dalam rumah dan cuba mendapatkan air melalui penghawa dingin”.

“Mereka merayau di jalan-jalan mencari air, kami sangat risau tentang keselamatan anak-anak, mereka fikir ia menyeronokkan untuk mengejar unta tetapi ia sudah tnetu sangat berbahaya.”

Sumber:CBS News,BBC