Melalui satu perkongsian yang dimuat naik oleh salah seorang kawan baik kepada Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Abdul Ridzuan, ataupun nama terkenalnya Abam Bochey, iaitu Achey, beliau telah menyeru supaya orang ramai mendengar lagu yang dinyanyikan oleh arwah yang bertajuk “Sikasih” di laman Youtube.

Kemudiannya, dalam masa lebih kurang satu hari sahaja, lagu berkenaan telah meraih tontonan sehingga melebihi satu juta tontonan. Selain itu, hal berkenaan juga dikongsikan oleh Achey di laman Instagramnya.

Ketika artikel ini sedang ditaip, video lagu Sikasih, nyanyian Arwah Abam telahpun mencapai lebih 1.7 juta tontonan di Youtube.

Semoga arwah Abam ditempatkan dalam kalangan-kalangan orang yang beriman serta beramal soleh. #”Gemuk is awesome”

Sumber: acheykintangkintung, Youtube