Apabila ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah, mereka berharap yang anak-anak mereka akan baik-baik sahaja.Tidak ada ibu bapa yang ingin melihat anak mereka dibuli.

Terbaru, sedang tular di media sosial mengenai seorang murid murid darjah 1 dikatakan telah dibuli oleh rakan sekelasnya sehingga dia hampir hilang penglihatan di sebelah matanya.Sarah yang merupakan salah seorang daripada ahli keluarga mangsa yang telah memuat naik status mengenai kejadian berkenaan.

“Dibuli sejak dibangku sekolah”

3 hari yang lalu, seorang pembuli telah menikam sepupu saya di matanya semasa di sekolah dengan menggunakan pensil berwarna hijau. Pembuli tersebut telah membuli sepupu saya sejak mereka berada di tadika. 

 



Menurut Sarah ketika dihubungi, buat masa ini, mangsa masih lagi di hospital  sedang menunggu laporan perubatan untuk diambil bagi tindakan selanjutnya.Keluarga mangsa ingin mengenakan saman kepada keluarga pembuli sekiranya anak mereka menjadi buta.

Warna hijau pada mata mangsa itu akibat daripada serpihan mata pensil warna hijau yang dikatakan melekat dalam mata selepas kena cucuk pembuli.Pembedahan yang dilakukan oleh doktor adalah untuk membuang sisa-sisa mata pensil warna hijau pada mata mangsa.

Tak rasa sedih yang berpanjangan kerana tak faham dengan situasi sebenar



Mangsa menjadi sedikit sedih dengan keadaan matanya yang tidak dapat melihat.Akan tetapi, disebabkan mangsa itu hanyalah seorang kanak-kanak, dia tidak faham akan situasi yang dia sedang hadapi sekarang.Sedih dia tidak lama kerana kakak-kakaknya serta cikgu-cikgunya datang melawat dia di hospital.

Kami diberitahu bahawa pembuli tinggal bersama pengasuhnya kerana keluarganya sibuk mengendalikan perniagaan mereka setiap hari. Tetapi itu bukan sebab mereka mengabaikan anak mereka sehingga dia menjadi pembuli. Semak anak anda, ibu bapa! Seorang anak adalah tanggungjawab setiap ibu bapa!

Selain itu, Sarah turut mendakwa yang, ibu saudaranya memberitahu dia yang keluarga ‘pembuli’ seakan-akan menafikan yang anak mereka menikam pensel tersebut pada mata manga.

Ramai orang mengatakan yang mata mangsa mungkin akan ada masalah penglihatan, namun, keluarga mangasa percaya yang mangsa akan mendapat semula penglihatannya.Diharap orang ramai boleh mendoakan supaya anak kecil ini mendapat penglihatannya semula.

Sumber: heroin;