Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan berita mengenai empat orang pelajar daripada politeknik Dungun yang dibimbangi lemas semasa mandi di pantai Teluk Bidara. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bernama, ayah kepada salah seorang mangsa memberitahu bahawa anaknya tidak pernah suka untuk mandi di pantai. Kesemua mangsa berumur 21 tahun.

Beikutan daripada kejadian itu, operasi mencari serta menyelamat sedang giat dijalankan.

Di laman Twitter, seorang gadis bernama Hannis Najiehah telah memuat naik satu status. Dia merupakan kenalan kepada salah seorang mangsa iaitu Mohamad Amir Izzuddin. Dia menyeru supaya semua rakyat Malaysia untuk mendoakan agar kesemua mangsa ditemui dan berada dalam keadaan selamat.

“Mohon jasa baik semua doakan adik-adik saya” 


Korang adik-adik akak yang kuat kan? Semoga ada keajaiban.Bertahan selagi mampu ye sayang?


Baru je Am tanya pasal UPNM. Am dah janji nak sambung dekat akak…





Selain itu, gadis ini turut memuat naik satu video yang merupakan status terakhir mangsa sebelum mangsa lemas dibadai oleh ombak yang kuat.

                                   “Masa untuk rehat”



Status last am before kejadian 😞 pic.twitter.com/qw3vwoJt51

— Jieeeeeeeeeeee ✨ (@hannis_najiehah) January 17, 2020

Tak sejuk ke duduk kat pantai tu lelame…


Sumber: Hannis najiehah