Lima sahabat karib yang menghabiskan masa bersama-sama di Sungai Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan, baru-baru ini, telah berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka berlima itu ditemui mati lemas.

Mangsa, Ahmad Zawawi Mohamad, 19 tahun, dipercayai bersama empat orang rakannya itu telah pergi ke sungai pada waktu pagi untuk berkayak ke sebuah pulau berhampiran.

Namun, apakah nasib, dia yang bersendirian itu turun untuk mandi-manda di sungai berkenaan telah tenggelam dan lemas di hadapan sahabat-sahabatnya itu.

Menerusi satu muat naik di Twitter @apihsam1, dia telah berkongsi gambar berserta kapsyen yang diluahkan oleh salah seorang kawan kepada mangsa yang berada di tempat kejadian, iaitu, Mohamad Nazmi Md Nadzam.

Maafkan aku sebab tak dapat selamatkan kau

Selain daripada itu, dia juga telah menunaikan semua janji yang dia telah buat kepada arwah.Dia telah memandikan arwah, mengkafankan, serta menyambutnya sehingga ke liang lahad.

Aku dah tunaikan segala yang aku janji

Aku sayang kau dunia akhirat

Semoga arwah ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh. Aminnnn

Sumber: @apihsam1