Weelington,New Zealand – Seorang rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam satu kejadian letusan gunung berapi di White Island yang berlaku semalam.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand telah mengesahkan hal ini di laman Twitter mereka  pagi tadi setelah dihubungi pihak berkuasa negara itu.

The High Commission wishes to update on the latest development regarding the White Island volcanic eruption. This morning at 9.30 am local time, the High Commission was informed by NZ authorities that at least one deceased is Malaysian. @MalaysiaMFA

— HCMalaysiaWellington (@MYHCWellington) December 9, 2019

              Walau bagaimanapun, info lanjut mengenai mangsa letupan berkenaan masih belum dapat diketahui.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand menyuruh orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan mana-mana rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan yang terjejas supaya menghubungi pihak berkenaan.

Orang ramai boleh menghubungi Pesuruhjaya Tinggi melalui talian +64-43852439 / +64-210440188 (selepas waktu bekerja) atau emelkan kepada mwwellington@kln.gov.my.

Kelmarin,sebuah gunung berapi paling aktif di New Zealand, White Island yang popular sebagai destinasi pelancongan telah meletus secara tiba-tiba,sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang.Manakala jumlah sebenar masih dalam tinjauan.

Beberapa minit sebelum letusan, para pelancong dapat dilihat berjalan di sekitar lokasi berkenaan. Menurut laporan, beberapa pelancong yang tidak sempat melarikan diri daripada lokasi tersebut mengalami luka  yang serius akibat melecur

Sementara itu,para pelancong yang sempat merakam tragedi tersebut telah berkongsi detik-detik cemas menghadapi malapetaka tersebut apabila ia sedang berlaku di hadapan mereka.

Tourists on sightseeing boat film clouds of ash and smoke soaring into the sky as their vessel moves away from erupting volcano on New Zealand’s White Island.

At least five people were killed and many more remain missing after the eruption, officials say. https://t.co/JqD49YSVEp pic.twitter.com/jO4zbJq9bV

— ABC News (@ABC) December 9, 2019