Akhirnya, setelah beberapa bulan kebakaran serta kemarau melanda bumi Australia, beberapa hari yang lalu hujan dilaporkan mula turun di kawasan berkenaan.

Berikutan daripada hal itu, sekarang terdapat beberapa jalan di kawasan pantai timur di Australia telah ditutup dan telah mengakibatkan banjir kilat.

Hujan lebat serta ribut petir telah mendatangkan kesengsaraan yang lebih besar impaknya kepada penduduk Australia di negeri-negeri yang hutannya telah terbakar.

Beberapa lebuh raya utama terpaksa ditutup, sementera taman tema di tenggara Queensland pun terpaksa ditutup ekoran hujan teruk telah melanda kawasan berkenaan.Walau bagaimanpun, tiada kerosakan berskala besar dilaporkan, meskipun beberapa rumah penduduk serta taman negara dan tarikan pelancong ditutup.

Selain daripada itu, paras air terjun telah mencapai 330 milimeter (13 inci) di sesetengah kawasan.Biro Mereorologi Australia telah memuat naik Tweet yang lebih 100 milimeter hujan dijangka akan jatuh pada waktu malam dan awal pagi Sabtu  di banyak lokasi lain.

Biro Meteorologi untuk Queensland turut menyatakan kepada pemandu yang melalui kawasan dinaiki air supaya lebih berhati-hati.

Sumber: Reuters, dw.com