Cristiano Ronaldo telah disenaraikan sebagai individu dengan pendapatan tertinggi melalui Instagram.Beliau mempunyai lebih daripada 196 juta followers.

Beliau memperolehi lebih kurang sebanyak USD$47.8 juta, bersamaan lebih RM196 juta.Dengan itu, beliau sekaligus telah mengatasi pendapatan Instagram Lionel Messi (RM95.6 juta) serta Kendall Jenner (RM65.2 juta).

Selain itu, jumlah pendapatan yang beliau peroleh melalui Instagram dikatakan melebihi jumlah yang diperoleh oleh karier sukannya pada tahun lepas iaitu sekitar USD$35 juta, bersamaan kira-kira RM143.6 juta.