Victoria, Australia (DailyMail)- Seorang peladang telah didakwa atas tuduhan membunuh berpuluh-puluh ekor koala.

Kira-kira lebih 40 ekor koala didakwa telah terbunuh setelah hutan berkenaan digondolkan untuk tujuan perladangan.

Kerajaan Australia akan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas peladang berkenaan.

Keith Troeth, peladang itu telah menyatakan yang mereka melakukan pembalakan itu secara profesional supaya dapat meminimakan kematian

Selain itu, para petugas telah melakukan carian di kawasan itu. Tujuannya adalah untuk mencari koala yang mati ataupun tercedera.

Berikut merupakan antara koala yang telah mati serta tercedera.