Hari ini telah dilaporkan yang langit yang berwarna merah dan oren dilaporkan menyambut tahun baru 2020 di New Zealand.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada asap yang diterbangkan dari hutan yang sedang terbakar di Australia.Jerebu yang diterbangkan oleh angin telah sampai di beberapa bahagian di New Zealand sehingga jarak penglihatan menjadi terhad iaitu hanya 10km sahaja.

Situasi itu juga telah menyebabkan yang penduduk di bahagian yang terjejas dapat melihat Matahari bewarna seperti darah.

Bukan setakat itu sahaja, bahkan, penduduk di beberapa kawasan di New Zealand seperti di Dunedin dan Otago turut menyatakan yang mereka dapat membau asap di udara.

Di Cristchurch pula, penduduk-penduduk menyatakan yang mereka dapat melihat matahari di langit telah bewarna keoren-orenan sejak awal pagi tadi lagi.

Walau bagaimanapun, agensi kaji cuaca tempatan, MetService telah melaporkan yang keadaan tersebut tidak akan menyebabkan berlakunya sebarang perubahan cuaca.