Satu berita palsu mengenai haiwan peliharaan boleh menyebarkan koronavirus telah tersebar luas. Individu yang mempunyai peliharaan terus menjadi panik lalu membuang keluar haiwan mereka jatuh dari kediaman mereka.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan bangkai-bangkai haiwan berkenaan yang berada dalam keadaan mengerikan.

Sementara itu, terdapat seekor anjing ditemui mati dipercayai telah dibuang dari satu blok flat di Bandar Raya Tianjing yang terletak di wilayah Hubei.

Para media tempatan melaporkan yang anjing itu telah dibuang pada pukul kira-kira 4 pagi daripada tingkat atas dan ia telah terjatuh di atas kereta sebelum dijumpai terbaring kaku di atas tanah.

Selain itu, ada laporan yang mengatakan bunyi bising ataupun dentuman yang kuat yang dihasilkan oleh anjing berkenaan telah membangunkan warga tempatan daripada tidur mereka kerana ia kedengaran seperti letupan tayar.

Kejadian itu berlaku apabila seorang doktor yang telah datang ke sebuah rancangan TV menyatakan yang sekiranya haiwan peliharaan ‘berhubung’ dengan pesakit yang positif koronavirus, mereka perlu dikuarantinkan.

Walau bagaimanpun, media-media tempatan telah menyalah tafsir kenyataan doktor itu dan telah berkata yang kucing serta anjing boleh menyebarkan koronavirus. Hal itu telah membuatkan orang ramai berada dalam keadaan ketakutan.

LIKE Facebook Page: Buletin Malaysia

Sumber: The Sun