Durban, Afrika Selatan- Anak kepada pendakwah terkemuka, Allahyarham Ahmad Deedat telah menghembuskan nafas terakhir setelah 3 hari bertahan selepas ditembak di bahagian kepala, lapor media tempatan, IOL News.

Yousuf Deedat, 65 tahun, beliau yang juga merupakan seorang pendakwah serta aktivis telah disahkan meninggal dunia di Hospital St. Anne di Pietemaritzburg pada pukul 2.40 petang(waktu tempatan).

Pada hari Rabu yang lalu, Yousuf telah ditembak di kepalanya oleh seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya di luar Mahkamah Majistret Verulam  ketika beliau berjalan bersama isterinya.

Suspek masih belum dapat diberkas dan motif serangan masih belum dapat diketahui.

Seorang yang baik dan gemar membantu

Anaknya, Raes Deedat berkata mereka sekeluarga bersama rakan-rakannya berada di sisi Allahyarham ketika Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Kami menzahirkan terima kasih atas sokongan keluarga dan rakan-rakan.Semoga rohnya bersemadi dengan tenang” kata Raes Deedat.

Selain daripada itu, pengerusi masjid tempatan, Azad Seedat turut berkata yang Yousuf adalah seorang yang baik hati.

“Dia baik dengan semua orang.Dia sering menziarahi masjid kami dan memberi sokongan apabila kami memerlukan.Kami terkejut dengan berita ini” katanya

Selain itu, berita sedih ini turut dikongsikan oleh ulamak terkenal Amerika Syarikat, Yasir Qadhi di Facebook miliknya.

“Saya sangat menggesa pihak berkuasa Afrika untuk mencari pembunuh yang melakukan perbuatan jahat ini dan membawanya ke muka pengadilan”

“Semoga Allah memberikan Yusuf Deedat sebagai seorang yang shah─źd, dan memaafkan dosa-dosanya dan mengangkat darjatnya, dan memberi kesabaran kepada keluarganya”.


Sumber: IOL, Yasir Qadhi