Johor Bahru, Johor – Murid darjah satu yang disahkan sedang kritikal kerana disyaki dijangkiti oleh virus influenza telah disahkan meninggal dunia pada pukul 10.30 malam tadi.

Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, 7 tahun, yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Menurut SinarHarian, berita ini telah disampaikan oleh bapa Damia sendiri melalui mesej ringkas kepada pihak wartawan.

“Anak saya dah tiada. Innalillahiwainnailaihirojiun”- tulisnya.

Dimaklumkan yang jenazah Nur Dinie akan dibawa ke bilik mayat Hospital Sultanah Aminah(HSA) untuk proses bedah siasat.

Sebelum ini, adik Damia telah dimasukkan ke hospital selepas dipercayai dijangkiti oleh virus Inlfuenza A dan juga mengalami komplikasi lain, lapor SinarHarian.

Sumber: SinarHarian