Kerana memberikan ‘rating’ yang paling rendah kepada nasi lemak, seorang wanita berasal daripada United kingdom telah dikecam hebat, terutama sekali daripada warganet dari Malaysia.

Wanita berkenaan telah berkongsi pengalamannya menikmati hidangan nasi lemak dan dia menganggap yang hidangan berkenaan adalah juadah yang paling teruk.Disebabkan hal itu, dia telah mengakibatkan kemarahan dalam kalangan warganet.

Selepas itu, Katie Morley disarankan supaya mencuba hidangan nasi lemak yang sebenar, supaya dia dapat merasai sendiri makanan tradisi berkenaan.

Baru-baru ini, wanita itu telah berkongsi pengalamannya menikmati nasi lemak dengan hidangan yang lebih baik daripada sebelum ini.

Kata Katie Morley, rakyat Malaysia sememangnya betul mengenai keenakan juadah berkenaan.

“Awak semua sememangnya benar.Ianya sungguh enak”

Selain itu, wanita itu turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah mencadangkannya untuk menikmati hidangan nasi lemak yang sebenarnya.Dan, dia turut mengakui yang juadah nasi lemak yang sebenarnya sememangnya enak serta lazat.

Sumber: Twitter