Pelaksanaan warna kasut sekolah hitam dalam kalangan murid-murid sekolah telah dilaksanakan dalam bentuk beransur-ansur.Pelaksanaan secara beransur-ansur itu telah bermula dari sesi persekolahan tahun 2019 sehingga tahun 2021.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia nampaknya prihatin akan isu warna kasut.Pihak KPM sendang menjalankan kajian bagi mendapatkan maklumat serta maklum balas daripada pelbagai pihak, terutama sekali pihak sekolah.

Kajian itu dilakukan untuk memperolehi dapatan berkenaan pelaksanaan pemakaian kasut sekolah berwarna hitam yang telahpun bermula pada awal sesi persekolah tahun ini.

Hal ini berikutan daripada pihak kementerian yang berpendapat bahawa perlunya melaksanakan kajian supaya dapat melihat sejauh manakah pelaksaan yang telah diketengahkan oleh bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik.

Selain itu, pihak kementerian turut memohon kerjasama daripada pihak sekolah supaya memberikan kerjasama penuh dalam kajian ini dengan memberikan maklum balas bagi soalan yang ditanyakan dalam kajian berkenaan.Kajian berkenaan boleh diakses melalui pautan ini.

Sumber: KPM