Business Insider telah melaporkan yang dua lelaki dari Xinjiang telah disahkan positif koronavirus selepas pulang dari Wuhan.

Dua lelaki berkenaan masing-masing berumur 47 serta 52 tahun.

Disebabkan virus ini yang telah tersebar telah menyebabkan lebih 1 juta tahanan Muslim Uighur terdedah kepada jangkitan berkenaan. Hal ini demikian kerana, keadaan kem tahanan yang berada dalam keadaan teruk.

Keadaan kem tahanan berkenaan kotor serta mempunyai infrastruktrur yang lemah. Selain itu, ia juga dibanjiri dengan tahanan-tahanan yang menyebabkan tempat itu tempat penyebaran penyakit serta jangkitan yang sesuai, lapor Business Insider.

Guna baldi sebagai tandas

Terdapat lebih 465 kem tahanan di seluruh Xinjiang, kata kumpulan aktivis Gerakan Kebangkitan Negara Turkistan Timur.

Selain itu, mereka juga mengatakan yang tahanan-tahanan di sana diberikan tong plastik sebagai tandas. Mereka juga diberi bilik tidur yang sempit, sehinggakan perlu bergilir-gilir untuk tidur.

“Setiap bilik ada satu tong untuk tandas. Setiap banduan diberi masa dua minit sehari untuk menggunakan tandas. Tong itu hanya dikosongkan sebanyak satu kali sahaja sehari.”

Bencana secara besar-besaran

Presiden Kongres Dunia Uighur, Dolkun Isa menyatakan yang dengan virus berkenaan memasuki kem tahanan berkenaan, ia akan menyebabkan kesan yang serius kepada tahanan. Jutaan nyawa akan berada dalam keadaan bahaya, kata beliau kepada media tempatan.

Sumber: Business Insider