Gambar sekadar hiasan

Kerajaan Singapura telah mengarahkan agar semua pintu masuk pelancong yang datang dari China ditutup, termasuk pelancong asing yang pernah melancong ke China sepanjang tempoh 14 hari yang lalu. Singapura adalah negara pertama yang berbuat demikian demi membendung gejala penyebaran koronavirus.

Selain itu, visa pelancong China akan digantung serta merta. Sementara itu, larangan untuk memasuki Singapura akan bermula pada hari Sabtu, pada pukul 11.59 pm.

Singapura telah merekodkan sebanyak 13 kes dijangkiti koronavirus sehingga hari Jumaat (31/1/2020).

Sumber: SCMP