Terkini, para saintis telah mendakwa yang koronavirus mungkin boleh merebak melalui mata.

Profesor Paul Kellam, seorang pakar virus di Kolej Imperial London telah menyatakan yang hal ini sememangnya boleh berlaku.

“Jika anda terkena titisan bersin, ia akan tersebar dari hidung ke mata” kata beliau.

“Mata anda bersangkutan dengan hidung melalui kelenjar lakrimal(kelenjar yang merembeskan air mata).

“Jika anda mengalami alergi dan mata berair, hidung anda akan turut berair. Ataupun jika anda meletakkan ubat di dalam mata, anda akan dapat merasakannya di belakang tekak”, tambah beliau lagi.

“Ia tidak aneh untuk flu dan virus lain dihantar dengan cara ini. Anda juga boleh mendapat jangkitan pernafasan melalui mata”.

“Ini adalah sebab petugas kesihatan perlu memakai alat pelindung mata”.

Hal ini demikian kerana meskipun topeng muka melindungi hidung serta mulut, topeng berkenaan tidak melindungi mata.

Seterusnya, virus yang ada pada tangan juga boleh disebarkan ke mata melalui sentuhan.

Seorang pakar perubatan daripada Universiti Southgamptom, Dr Michael Head, juga menyokong dakwaan berkenaan.

“Perpindahan virus turut berpotensi berlaku melalui sentuhan pada mata sekiranya virus ada pada tangan. Ini juga menimbulkan kebimbangan ia boleh menjangkiti orang lain dengan mudah”.

Sumber: Daily Mail