Beijing, China 26 Januari- Menurut Menteri Suruhanjaya Kesihatan Negara China, Ma Xiaowei, dia berkata yang kemampuan virus koronavirus untuk merebak menjadi lebih kuat.

Pihak berkuasa serta kerajaan masih lagi tidak mengetahui dari mana datangnya virus itu serta berapa besar risiko yang disebabkan oleh virus berkenaan.

Sementara itu, Presiden China, Xi Jinping menyatakan yang negara itu sedang melakukan apa yang boleh untuk mengawal wabak virus berkenaan.

Disebabkan terlalu sibuk untuk membendung virus berkenaan, sambutan tahun baru di negara berkenaan terpaksa dibatalkan.

Koronavirus ini telahpun tersebar ke 14 buah negara termasuklah negara Malaysia.

Sumber: Channel News Asia