Langkawi, 11 Januari- Tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), Latheefa Koya yang membocorkan rakaman perbualan yang didakwa merupakan konspirasi jenayah pada peringkat yang tertinggi, tiada perbezaan dengan pendedahan pihak berkuasa terhadap rumah bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib sebelum ini.

Tun Dr Mahathir, telah berkata yang ketika serbuan dilakukan, antaranya di apartment Pavilion Residences yang terletak di Kuala Lumpur pada tahun 2018 lalu, banyak barangan milik Datuk Sri  Najib serta isterinya, Datin Sri Rosmah yang telah dirampas, telah ditunjukkan kepada orang ramai.

 “Samalah juga (dengan pendedahan rakaman), tiada beza…Kita tidak sembunyi pada orang ramai, sehingga sampai ada perbicaraan”, kata beliau kepada pemberita.

Selain itu, beliau turut mengulas berkenaan tindakan Latheefa yang bertindak mendedahkan sembilan set rakaman perbuatan yang didakwa merupakan konspirasi jenayah pada peringkat yang tertinggi. Konspirasi berkenaan melibatkan Najib serta beberapa individu lain pada hari Rabu lalu.

Presiden Pakatan Keadilan Rakyat, Datuk Sri Anwar Ibrahim, hari ini juga meminta supaya Latheefa memberi penjelasan lanjut mengenai tindakannya itu. Hal ini demikian kerana, tindakannya itu telah mengundang kritikan daripada sesetengah pihak, termasuk rakyat.

Apabila ditanya adakah pendedahan SPRM itu boleh dikatakan sebagai tidak beretika, Dr Mahathir telah membalas dengan jawapan yang ringkas, “Apa yang tidak beretika itu?’.

Sumber: Bernama