Salah seorang ulama tersohor dalam kalangan umat Islam puak Uighur,iaitu Muhammad Salih Hajim telah meninggal dunia selepas 40 hari dalam menjadi tahanan di Xinjiang.Beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun.Paling menyedihkan,kematiannya didakwa kerana telah diseksa.

Paling dihormati dan terkenal kerana…

Beliau amat dihormati oleh puak Uighur kerana beliau merupakan ulamak pertama yang telah menterjemahkan Al-Quran ke dalam Bahasa Uighur.

Ahli keluarga termasuk anak perempuannya turut ditahan…

Lebih dahsyat lagi,ahli keluarga ulamak tersebut turut ditahan secara besar-besaran termasuklah anak saudara beliau,iaitu Nurmemet hajim yang pernah belajar di Malaysia.Bahkan Nurmemet juga pernah bekerja di pelbagai pejabat kedutaan.

Bukan setakat itu,malahan,anak perempuannya yang bernama Nezire Muhammad Salih (guru agama) dan Asiye Muhammad Salih yang merupakan seorang pensyarah universiti serta anak lelakinya Nejip Muhammad Salih,yang bekerja sebagai seorang petani.Selain itu,cucunya iaitu Imran Tuniyaz,adik kandungnya Mehsud Abley Hajim serta isterinya Ayshemqiz turut dalam tahanan negara China.Anak lelaki kepada adiknya kini sedang tinggal di luar negara kerana telah dibuang negeri.

“Pihak kami mendengar kisah kematiannya tetapi kami percaya kerajaan China telah menutup kisah kematiannya yang sebenar untuk mengelakkan sebarang rusuhan,” kata jurucakap Raxit daripada Kongres Uighur Dunia.

Keadaan anak perempuan serta ahli keluarganya yang lain masih lagi tidak diketahui.
Kematian beliau telah menjadi satu dugaan yang kuat kepada masyarakat Uighur kerana statusnya sebagai pemimpin agama serta seorang ilmuwan.

Mereka dilayan seperti pesakit mental


Baru-baru ini,telah tersebar secara meluas tentang layanan yang diberikan oleh kerajaan China kepada umat Islam etnik Uighur ini.Mereka dilayan seolah-olah seperti pesakit mental di dalam kem tahanan tersebut.Tujuan kerajaan China membuat demikian adalah supaya dapat mengubah identiti mereka untuk menjadi lebih ‘China’.

Sleain itu,kerajaan China juga telah melakukan beberapa perubahan demografi terhadap penduduk Xinjiang yang kebanyakannya sebelum ini terdiri daripada puak Uighur yang beragama Islam.Kini,Xianjiang dibanjiri dengan kedatangan etnik han China. Mereka juga telah mengadakan kempen ‘anti-halal’.

Menjalani indoktrin untuk mengubah identiti Islam


Pada bulan Ogos  tahun 2018 yang lalu,pihak PBB telah menyatakan tentang penghapusan Dikriminasi Perkauman yang dilaporkan seramai sejuta etnik Uighur ditahan di pusat ‘anti-keganasan’ manakala yang selebihnya,dua juta penduduk etnik tersebut menjalani ‘pendidikan semula’ mengenai budaya dan politik supaya mereka akan menjadi taat setia kepada rejim komunis. Di samping itu,mereka juga dipaksa supaya mengubah identiti Islam mereka.

Pisahkan anak-anak Uighur untuk disekolahkan dalam peraturan komunis


Menurut laporan daripada Rukiye Turdush dalam portal Al-Jazeera.Mereka berkata bahawa rejim komunis China akan memisahkan anak mereka semata-mata untuk belajar mengenai peraturan serta dapat mematuhi arahan komunis.Seterusnya,mereka juga dipaksa untuk mempelajari bahasa Mandarin serta menghapuskan identiti Muslim dan tradisi Uighur mereka.

Setiap keluarga etnik Uighur akan dipaksa untuk menerima kader Parti Komunis China supaya kader tinggal bersama dirumah mereka selama lebih kurang lima hari setiap dua bulan.Jelaslah bahawa tindakan ini dilakukan untuk menceroboh setiap keluarga Uighur.

Punca pergelutan ini berlaku adalah kerana…

Semua langkah ‘kejam’ yang dilakukan kerajaan China ini hanya bertujuan kerana mereka takut dengan kebangkitan Muslim Uighur yang sekarang semakin berani memperjuangkan hak dan autoriti politik mereka.Kewujudan puak pemisah Uighur yang ingin memperjuangkan kemerdekaan Xinjiang supaya mereka dapat membentuk negara Turkistan Timur turut memaksa kerajaan China bertindak demikian.

“Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan”

Terkini,kerajaan Malaysia telah membebaskan 11 orang warga Uighur yang dikehendaki oleh kerajaaan China telah mengundang kemarahan rejim Komunis tersebut.Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir berkata, keputusan yang diambil untuk menghantar kesemua warga Uighur ke Turki adalah atas alasan mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan pun.

Langkah yang paling tepat

Langkah kerajaan untuk menghantar warga Uighur ini ke Turki dan tidak memedulikan permintaan China adalah langkah yang paling tepat untuk diambil.Dengan rekod-rekod pembunuhan serta hak asasi manusia yang teruk,sudah pasti kerjaan China akan mengambil tindakan yang tidak berperikemanusiaan ke atas 11 orang warga Uighur ini.

Sumber: Radio Free Asia, Sinar harian