Seorang ahli astrofizik berkelahiran Turki, Burcin Mutlu-Pakdil ini telah berkongsi namanya dengan sebuah galaksi cincin dua baharu yang ditemui olehnya. Galaksi tersebut diberi nama sebagai Galaksi Burcin sempena namanya itu.

Beliau yang dilahirkan di Turki, beliau membesar dengan melihat bintang-bintang bersinar di langit malam.Semasa beliau masih kecil,beliau mengimpikan bahawa pada suatu hari nanti akan ada salah satu galaksi akan dinamakan sempena namanya.

Peristiwa itu sangat menakjubkan apabila beliau telah berjaya menemukan Galaksi Cincin Dua yang dianggap sangat unik dan amat jarang berlaku di dunia.Pencapaian beliau juga amat mengagumkan dan telah memberi inspirasi kepada ramai orang.

Jadikan Einstein sebagai idola

Semasa beliau di bangku sekolah, beliau sangat meminati subjek fizik dan telah memulakan kajian mengenai Albert Einstein.

Menurut beliau, sebelum beliau melakukan kajian tersebut, kakaknya telah berkata bahawa Einstein merupakan individu yang paling pandai di dunia.Pada awalnya, beliau menempuh satu masalah apabila keluarganya terpaksa berpindah dari Istanbul ke Ankara.

Keluarga menyokong kerjayanya…

Walau bagaimanapun, ibu bapanya  menyokong kerjayanya itu.Namun, beliau terpaksa berpindah ke universiti di Ankara untuk menyambung minatnya dalam bidang fizik.Pada awalnya, saudara maranya membantah untuk beliau belajar jauh daripada keluarga kerana dalam kelasnya, beliau seorang sahaja wanita.

Sebelum ini, beliau juga pernah diherdik oleh pensyarahnya kerana memilih untuk belajar dalam bidang fizik.Pada awalnya, pihak universitinya tidak membenarkan beliau untuk belajar di situ kerana beliau merupakan seorang muslimah.Walau bagaimanapun, lama-kelamaan pihak universiti nya telah membenarkan beliau memakai tudung.

Walaupun pelbagai liku-liku yang dihadapinya, liku-liku itu telah menjadikan Burcin lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh.Bukan setakat itu sahaja, beliau juga bercita-cita untuk menjadi seorang saintis muslimah di Turki dan sentiasa mempunyai impian untuk menjadi model ikutan para muslimah yang lain.

Tak pedulikan komen negatif yang diberi

Sebagai seorang wanita yang mempelajari ilmu fizik, beliau tidak berasa seperti orang luar dan beliau terpaksa mengajar dirinya supaya tidak memperdulikan komen negatif yang diterimanya dan hanya memberikan tumpuan pada semangatnya sahaja.

Kejayaan yang dicapai


Semasa beliau menyambung pelajaran beliau dalam peringkat PhD, beliau menemukan sebuah galaksi yang baharu.Galaksi yang ditemui olehnya pada tahun 2017 ini memiliki ciri-ciri yang agak unik.

Galaksi cincin seperti ini belum pernah dilihat sejak pertemuan pertama pada tahun 1950 oleh Arthur Allen Hoag. Objek Hoag ini merupakan sebuah galaksi di mana cincin terang bintang biru yang muda mengelilingi badan pusat simetri yang dibentuk oleh bintang-bintang tanpa sebarang tampak antara mereka.

Selepas diteliti, tenyata ianya berbeza daripada objek Hoag tersebut.

Galaksi tersebut unik kerana dua cincin simetri mengelilingi badan pusatnya dan tidak bercantum dengan badan pusat.

Sumber: National Geographic