Pada 11 Disember lalu,Sukan SEA 2019 sudah melabuhkan tirainya.Sukan SEA tahun ini telah diadakan di Filipina.Filipina telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Sukan SEA kali ini. Walau bagaimanapun,atlet Malaysia gagal meraih pingat emas yang disasarkan.Namun sebagai seorang rakyat Malaysia, kami amat berbangga dengan para atlet yang telah bertungkus lumus untuk mencipta nama di Sukan SEA.

Salah seorang atlet sukan SEA,Shariz Efendi merupakan salah seorang daripada atlet Keirin Bike yang bersama Azizul Hasni Awang mewakili Malaysia pada Sukan SEA tahun 2017 yang lalu.

Pada tahun 2017 lepas,Malaysia telah menjadi juara keseluruhan kerana berjaya mendapat 145 pingat emas pada Sukan SEA yang diadakan di Kuala Lumpur ketika itu.

gambar bersama idola abang ThePocketRocketMan @AzizulAWANG masa ni sebelum start lumba pic.twitter.com/1wJ6rorWWZ

— shariz efendi (@sharizshahrin) December 16, 2019

Bukan itu saja,beliau juga telah memuatnaik gambar-gambar saat kemenangannya buat negara tercinta.Sudah tentu Azizul Hasni Awang telah mendapat gelaran juara manakala Shazriz Efendi telah mendapat naib juara ketika itu.Ketika itu juga,Malaysia telah merangkul banyak pingat emas.

nah ini dia hasilnya 🥇🥈 untuk malaysia pic.twitter.com/tZBjGxf6gT

— shariz efendi (@sharizshahrin) December 16, 2019

Masa ni abang bangga dapat kibarkan bendera Malaysia.


Kenangan yang tak dapat dilupakan, ini hanya sekadar perkongsian.


“Ini lah dia penyokong kuat abang semasa abang berlatih, berlumba sampai lah abang dapat jejak kaki di atas podium, mama ayah adik-adik dan kawan-kawan, bukan ni je kawan abang yang selalu support cuma masa ni diorang ada hal yang tak dapat nak elak sebab tu tak datang.”