Pemain terkenal pasukan Arsenal, Mesut Ozil yang telah dikritik dengan teruk daripada pelbagai pihak selepas beliau mengemukakan pendapatnya mengenai penindasan etnik Uighur di China pada bulan Disember tahun lalu. Baru-baru ini, beliau telah memuat naik satu Tweet mengenai betapa kuatnya keyakinan beliau kepada Allah SWT.

Menerusi Tweet itu, beliau menyatakan yang Allah SWT adalah sumber kekuatannya untuk beliau meneruskan perjuangan di dunia ini.

“Allah SWT adalah sebab mengapa saya tersenyum walaupun saya sedang dalam kesakitan, dalam kekeliruan. Saya faham, dalam pengkhianatan, saya percaya dan walaupun takut, saya akan teruskan juga perjuangan saya” tulis Ozil.

ALLAH is the reason why even in pain, I smile; in confusion, I understand; in betrayal, I trust; and in fear I continue to fight 🤲🏼♥ #M1Ö pic.twitter.com/aANpWApqNk

— Mesut Özil (@MesutOzil1088) January 16, 2020

Sumber: Mesut Ozil