Aspek kebersihan sememangnya harus dititik beratkan, terutama sekali ketika sedang menyediakan makanan supaya makanan yang dihidangkan kepada para pelanggan terjamin kualitinya.

Selain itu, ia juga demi menjamin kesihatan para pelanggan yang menikmati makanan yang kita hidangkan.

Menerusi satu video yang dirakam di satu premis makanan, video berkenaan menunjukkan seekor tikus yang tiba-tiba muncul dan menjamu selera bersama lauk-pauk lain yang dijual di premis berkenaan.


Amat menjijikkan, itulah yang dapat digambarkan apabila tikus berkenaan dilihat sedang mundar-mandir di dalam bekas makanan yang dijual di premis berkenaan.

Apa yang lebih memeranjatkan adalah apabila tikus berkenaan turut masuk ke dalam bekas makanan berkenaan, selain ia juga dapat dilihat sedang menikmati makanan yang dijual itu.

Walau bagaimanapun, tiada sumber yang boleh mengesahkan tarikh serta lokasi ketika rakaman berkenaan diambil.

Sumber: Facebook