Memilih kerjaya sebagai seorang guru merupakan satu amalan mulia. Hal ini kerana, guru diibaratkan sebagai ibu bapa kita semasa kita di sekolah kerana merekalah yang akan mendidik kita dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat serta menerapkan akhlak yang mulia supaya kita menjadi insan yang berguna satu hari nanti.

Baru-baru ini, seorang guru, Muhammad Iqbal telah memuat naik kisah mengenai salah seorang anak didiknya yang dipercayai tidak datang ke sekolah selama hampir 2 minggu.

Disebabkan prihatin dengan anak didiknya itu, beliau telah membuat keputusan untuk menghubungi ibu kepada anak muridnya itu. Pada saat itulah, dia mengetahui yang ibu bapa kepada anak muridnya itu tidak memiliki apa-apa kenderaan untuk ke mana-mana sehingga ia telah mennyukarkan anak muridnya untuk hadir ke sekolah.

Mulai harini kita bantu anak murid ni.. Hampir 2 minggu tak dtg sekolah kerana tiada kenderaan.. Hanya ada sebuah motosikal yg rosak.. Pergi kerja atau ke mana2 hanya menaiki bas.. Mak ayah kerja syif yg berbeza.. Mak kerja pagi, ayah jaga baby 9 bulan & 4 tahun di rumah krn tidak mampu hantar rumah pengasuh apatah lagi taska.. Mak balik malam, ayah pula pergi kerja.

” Cikgu, maafkan kami sbb tak dapat hantar anak ke sekolah kerana ada masalah pengangkutan.”

“Takpa puan, saya akan ambil & hantar setiap hari sehingga anak puan dapat bertukar ke sekolah yang berdekatan dengan rumah. Jangan abaikan sekolahnya kerana dia baru tahun 1. Panjang lagi perjalanan dia.”

“Syukur alhamdulillah. Terima kasih cikgu. Maaf kerana menyusahkan cikgu.”

“Tak mengapa puan. Itu memang tugas kami sebagai guru.”

Jangan malu untuk ke sekolah kerana kesempitan hidup.. Pendidikan adalah paling utama.. Belajarlah rajin2.. Bantu ibu bapa kamu bila besar nanti.. Semoga berjaya wahai anak muridku.

Mulai harini kita bantu anak murid ni.. Hampir 2 minggu tak dtg sekolah kerana tiada kenderaan.. Hanya ada sebuah…

Posted by Mohamad Iqbal on Sunday, 19 January 2020

Sumber: Mohamad Iqbal