Siapa yang tidak kenal dengan pelakon taraf international ini, iaitu Chris Hmesworth.Beliau memegang watak yang terkenal iaitu Thor dalam kumpulan Avengers.

Beliau nampaknya amat terkesan dengan apa yang sedang berlaku di Australia sekarang iaitu di mana kebakaran hutan sedang berlaku di sana sehinggakan keadaan darurat diisytiharkan.

Terkini, pelakon Hollywood ini dengan besar hati telah memberi sumbangan untuk menangani kebakaran hutan yang berlaku.Beliau dengan ahli keluarganya telah memberikan sumbangan sebanyak RM 4.09 juta.

“Kita perlu menghargai semua kehidupan di dunia”

Setiap sen akan dikira sebagai tenaga anda yang dikumpulkan untuk bantu dalam kebakaran, sangat hargai.Apa yang mereka mahu adalah sokongan daripada kita seluruh dunia


Sumber: Chris Hemsworth