Gambar sekadar hiasan

Baru-baru ini negara Indonesia telah mengarahkan empat buah kapal perang tambahan ke Pulau Natuna selepas kapal milik negara China tidak mahu meninggalkan kawasan tersebut.

Kapal perang berkenaan akan sertai empat lagi kapal lain yang sedang meronda di kawasan Natuna yang berhampiran Laut China Selatan yang menjadi pertikaian.

“Kami sudah mempunyai empat kapal perang di sana, jadi esok akan ada lapan kapal perang di perairan”


“Kami juga mempunyai beratus-ratus orang pengawal di sana”,kata Pegawai Hal Ehwal Awam dengan Komando Armada Pertama Angkatan Laut Indonesia, Komander Fajar Tri Rohadi.

Puluhan bot nelayan China telah memasuki perairan Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) Indonesia di Natuna pada bulan lalu.

Sumber:Channel News Asia