Kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun yang merupakan warganegara China yang sebelum ini disahkan telah dijangkiti koronavirus telah kembali pulih dan mendapat kebenaran untuk pulang. Kanak-kanak itu sebelum ini dirawat di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah.

Melalui satu kenyataan media yang Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan, hasil ujian pengesanan yang dilakukan pada kanak-kanak itu mendapati yang kanak-kanak itu telah pulih sepenuhnya daripada virus berkenaan.

Selain itu, menurut KKM, sangkaan orang ramai mengenai virus yang boleh menyebabkan kematian ini adalah tidak tepat kerana penyakit ini boleh dirawat sebenarnya.

Di samping itu, KKM turut mengucapkan tahniah kepada kakitangan Hospital Sultanah Maliha Langkawi yang berusaha keras merawat kanak-kanak berkenaan sehingga dia dibenarkan pulang.

Sumber: KKM