TRENTON, Kanada, 22 Januari (Bernama) – Jenazah pertama warga Kanada yang maut ketika Iran menembak pesawat UKraine pada awal bulan ini telah tiba di Kanada pada hari Selasa lalu.

Atas permintaan daripada ahli keluarga, tiada nama maklumat mengenai mangsa akan didedahkan.

“Ada satu penghantaran pulang jenazah yang berlaku, dan kami menghormati hasrat keluarga untuk menghormati privasi mereka,” kata Menteri Luar Negeri Francois-Philippe Champagne.

Nahas pesawat berkenaan telah mengorbankan lebih 176 orang, 57 daripadanya adalah warga Kanada. Pesawat Ukraine telah ditembak secara tidak sengaja oleh Iran sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang berhampiran Tehran, lebih kurang dua minggu lalu.

Proses untuk menghantar pulang jenazah telah mencetuskan isu kerana Iran menganggap siapa pun yang dilahirkan di Iran dianggap sebagai seorang warganegara Iran, tanpa mengira kewarganegaraan lain yang dipegangnya.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Justin Trudeau telah berkata yang beliau telah menegaskan kepada Iran bahawa sekiranya keluarga mangsa di Kanada mahu jenazah dibawa ke rumah mereka, hasrat mereka haruslah diikuti.

“Menghormati hasrat keluarga itu bukan dengan persoalan kewarganegaraan, tetapi ia juga bersesuaian dengan undang-undang dan amalan antarabangsa dan dengan prinsip-prinsip di sekitar Islam untuk pengebumian.” kata Trudeau.

Selain itu, terdapat juga laporan mengenai pegawai Iran yang menakut-nakutkan keluarga mangsa untuk melakukan pengebumian, pihak kerajaan terpaksa melakukan tindakan apabila keluarga mangsa mengadu tentang perkara berkenaan, kata Champagne.

“Dipetik daripada Bernama”

Sumber: BERNAMA